Gempa Lagi Di Acheh berkekuatan 6.6 Skala Richter

Salam korang... huh ! an baru jer dapat berite nieh td... wat pengetahuan korang, gempa nie jugak turut dirasai disemenanjung utare tanah air.. gerun an dgr.. mane tak nye, an sendiri pernah merasai gegaran kat penang sewaktu an study... satu time semester 2 n g satu, semester 6.. time semester 6 la paling kuat gegaran sebanyak 8.9 skala richter ! time tuh kecoh tsunami nak nek pulau pinang... kecut perut di watnye... kat bawah nie, an ambek dr berite harian punye :

JAKARTA : semua pelajar Malaysia di Medan, Sumatera Utara dan Acheh, Indonesia dilaporkan selamat dalam kejadian gempa bumi berkekuatan 6.6 pada skala Richter yg berlaku di Aceh selatan pagi ini.




Semasa kejadian pada 11.34 pagi waktu tempatan itu, mahasiswa Malaysia di Medan yang sedang menduduki peperiksaan, bergegas keluar dari dewan peperiksaan ke kawasan lapang Universiti Sumatera Utara (USU).

Gegaran gempa bumi itu dirasakan di kawasan Medan kerana kedudukannya yang bertentangan dengan pusat gempa yang berlaku di 127km barat daya Medan dan 1,417km barat laut Jakarta itu.

Pengarah Education Malaysia (EM) (dulu Jabatan Penuntut Malaysia), Indonesia, Prof Madya Dr Juzhar Jusoh, berkata sehingga kini belum ada sebarang laporan mengenai kecederaan atau kerosakan harta benda yang membabitkan mahasiswa Malaysia.



Sementara itu, pelajar Malaysia di Aceh langsung tidak merasai gegaran gempa bumi itu kerana kedudukan mereka jauh dari pusat gempa. 

Mengikut rekod daftar EM Indonesia, ada seramai 1,535 pelajar Malaysia di Medan dan 62 orang di Aceh. 

Pihak EM Indonesia dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dan Konsul Jeneral Malaysia di Medan terus memantau keadaan para pelajar kedua-dua kawasan itu berikutan gempa bumi yang terbaru itu. 

Pihak berkuasa Indonesia tidak mengeluarkan amaran tsunami dalam kejadian gempa bumi itu.


1 comment:

iya said...

huhu...bile ni?
anyway..done follow here :)