Salam n samat petang korang... :) Alhamdulillah akhirnye siap gak menaip pasal entri arinie.. penat gak lame xmenaip nieh.. hihiii.. mmm lame dah rasenye an xwat entri.. eh yeke ? hahhaa.. akhir2 nie an bz skit laa.. an ade praktikal kete smlm n ari tuh.. blek jer mesti penat.. dikesempatan nieh, sejak an wat entri pasai lyssa tuh, alhamdulillah kwn makin bertambah2.. thankz yer pade yg sudi jadi kwn an n jengok ke blog n yg xseberape nieh.. byk g yg perlu an make up2 kan blog nieh :) ok2, dah2.. jom p ke tajuk asal kite iaitu Salam Ramadhan & Panduan Solat Tarawih...
Ape tuh Solat Sunat Tarawih ?
- Maksudnye,solat dengan rase senang dan kelapangan hati selepas solat fardu isya'.
Tujuan ?
- Untuk memberi peluang dan galakkan kepade umat islam supaye mengisi waktu yang terluang di dalam bulan ramadhan.
Lailatul Qadr :
- Ini adelah keistimewaan dalam bulan ramadhan iaitu rahsia Allah SWT menurunkan malam lailatul Qadr dalam salah satu malam dalam bulan ramadhan tersebut. Dalam surah Al-Qadr, Allah SWT menjanjikan bahawa mereke yg beramal diberi ganjaran pahala seperti beramal ibadat selama 1 000 atau 83 tahun. Walaubagaimanapon, hanya Allah SWT yg mengetahui bile malam Lailatul Qadr diturunkan.. Menurut para ulama, Lailatul Qadr diturunkan pada salah satu dr sepuluh malam terakhir bulan ramadhan..
Fadhilat :
Sabda Rasulullah SAW : " Sesiapa yang mendirikan solat tarawih pada malam hari di bulan ramadhan denga penuh keimanan dan ikhlas, maka Allah mengampunkan segala dosanya yg telah lalu. "
kelebihan solat Tarawih :-
Malam ke 1 :
Diampuni dosa2 org yg beriman sebagaimana keadaannya bru dilahirkan.
Malam ke 2 :
Diampunkan dosa org2 yg beriman yg mengerjakan solat Tarawih, serta dosa2 kedua ibubapanya.
Malam ke 3 :
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yg mengerjakan solat tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam2 yg lain, semoga Allah mengampunkan dosa2 mereka.
Malam ke 4 :
Org2 yg mengerjakan solat tarawih akan memperolehi pahala sebagaimane pahale org2 yg membace kitab-kitab taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam ke 5 :
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala org2 yg mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam ke 6 :
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seumpana pahala malaika2 yg bertawaf di baitul makmur serta setiap batu dan tanah berdoa utk keampunan org2 yg mengerjakan tarawih malam itu.
Malam ke 7 :
Seolah2 ia dapat bertemu dengan nabi Musa a.s serta menolong nabi itu menentang musuhnya Fir'aun dan Hamman.
Malam ke 8 :
Allah SWT mengurniakan pahala org yg bersolat tarawih sebagaiman pahala yg dikurniakan kepade Nabi Ibrahim a.s.
Malam ke 9 :
Allah SWT akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
Malam ke 10 :
Allah SWT mengurniakan kepadenya kebaikan dunia dan akhirat.
Malam ke 11 :
Ia meninggal dunie di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
Malam ke 12 :
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dgn muke yg bercahye2.
Malam ke 13 :
Ia akan dtg pade hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dr sebarang kejahatan dan keburukan.
Malam ke 14 :
Malaikat2 akan dtg menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah SWT tidak akan menyesatkan mereka.
Malam ke 15 :
Semua malaikat yg memikul 'Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaye Allah mengampunkannya.
Malam ke 16 :
Allah SWT menuliskan baginya dari kalangan mereka yg terlepas dr api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
Malam ke 17 :
Allah SWT menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-nabi.
Malam ke 18 :
Malaikat akan menyeru : Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha dgnmu dan dgn kedua Ibubapamu ( yg masih hidup atau sudah mati ).
Malam ke 19 :
Allah SWT akan meninggikan darjatnya di dalam syurga firdaus.
Malam ke 20 :
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seperti org yang mati syahid dan org2 soleh.
Malam ke 21 :
Allah SWT akan membina utknya sebuah mahligai di dalam syurga yg diperbuat dr cahaya.
Malam ke 22 :
Ia akan dtg pade hari kiamat di dalam keadaan aman dr sebarang huru-hara pada hari tersebut.
Malam ke 23 :
Allah SWT akan membina utknya sebuah bandar di dalam syurga daripde cahaya.
Malam ke 24 :
Allah SWT akan membuka peluang utk 20 tahun ibadat bg org2 yg mengerjakan solat Tarawih pade malam tersebut.
Malam ke 25 :
Allah SWT akan mengangkat seksa kubur darinya.
Malam ke 26 :
Allah SWT akan mengurniakan pahala 40 tahun ibadat bg org2 yg mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
Malam ke 27 :
Allah SWT akan mengurniakan kepadenya kemudahan utk melintasi titian sirat sepantas kilat.
Malam ke 28 :
Allah SWT akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
Malam ke 29 :
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yg mabrur.
Malam ke 30 :
Allah SWT akan memberi penghormatan kepada orang yg bertarawih pada malam terakhir dgn firman-Nya ( yg bermaksud ) : Wahai hamba-hambaku ! makanlah segala jenis buah-buahan yg Engkau ingini utk dimakan di dalam syurga dan mandilah di dalam sungai yg bernama salsabil serta minumlah air dari telage yg dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w yg bername Al-Kautsar.
- Sunat muakkad ( sunat yg sangat dituntut ) bg lelaki dan perempuan.
Waktu :
- Selepas selesai solat isya' serta sunat-sunatnya, sehingge terbit fajar.
Rakaat :
- Leh dibuat 8 rakaat dan juge boleh dibuat 20 rakaat.
Dua Rakaat Satu Salam :
- Solat tarawih hendaklah dikerjakan setiap 2 rakaat satu malam. Law korang solat 20 rakaat bererti, 10 salam la.. :)
Kaifiat Solat Tarawih :
Lafaz dan niat : Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah taala.
Bacaan Ayat/Surah-surah :
Selepas membace Al-Fatihah pade tiap2 rakaat, sunat membace ayat-ayat atau surah d dlam Al-Quran.
Bacaan Surah Malam 1 hingge 15 Ramadhan :
Rakaat 1 --> Surah Attakathur
Rakaat 2 --> Surah Al-Ikhlas
Rakaat 3 --> Surah Al' Asr
Rakaat 4 --> Surah Al-ikhlas
Rakaat 5 --> Al-Humazah
Rakaat 6 --> Surah Al-ikhlas
Rakaat 7 --> Surah Al-Fill
Rakaat 8 --> Surah Al-ikhlas
Rakaat 9 --> Surah Quraisy
Rakaat 10 --> Surah Al-Ikhlas
Rakaat 11 --> Surah Al-Maa'un
Rakaat 12 --> Surah Al-Ikhlas
Rakaat 13 --> Surah Al-Kauthar
Rakaat 14 --> Surah Al-Ikhlas
rakaat 15 --> Surah Al-Kaafiruun
Rakaat 16 --> Surah Al-Ikhlas
Rakaat 17 --> Surah Al-Nasr
Rakaat 18 --> Surah Al-Ikhlas
Rakaat 19 --> Surah Al-Masad
Rakaat 20 --> Surah Al-Ikhlas
Bacaan surah malam 16 hingga 30 ramadhan :
Rakaat 1 --> Surah Al-Qadar
Rakaat 2 --> Surah attakathur
Rakaat 3 --> Surah Al-Qadr
Rakaat 4 --> Surah Al-'Asr
Rakaat 5 --> Surah Al-Qadr
Rakaat 6 --> Surah Al-Humazah
Rakaat 7 --> Surah Al-Qadr
Rakaat 8 --> Surah Al-Fiil
Rakaat 9 --> Surah Al-Qadr
Rakaat 10 --> Surah Al-Quraisy
Rakaat 11 --> Al-Qadr
Rakaat 12 --> Surah Al-Maa'uun
Rakaat 13 --> Surah Al-Qadr
Rakaat 14 --> Surah Al-kauthar
Rakaat 15 --> Surah Al-Qadr
Rakaat 16 --> Surah Al-Kaafiruun
Rakaat 17 --> Surah Al-Qadr
Rakaat 18 --> Surah Al-Nasr
Rakaat 19 --> Surah Al-Qadr
Rakaat 20 --> Surah Al-Masad
mm.. jom kitew same2 amalkan solat tarawih nieh :)
Salam ramadhan wat semue.. ;)
No comments:
Post a Comment